FOREX, satu industri yang semakin popular di malaysia. Jika dulu di awal 90an, jika ditanya apa itu forex. Mungkin bagi kebanyakkan orang akan berfikir sipulan itu bekerja di bank. Atau tidakpun di bursa saham (BSKL).
Pelbagai persepsi akan timbul jika isu forex ditimbulkan. Lagi pula sejak kes Tun M yang semasa pemerintahannya dikatakan meleburkan cukai rakyat (pendapatan negara) di dalam industri forex ini. Bagi abam kes ini bukanlah sesuatu yang pelik atau luarbiasa. Cuma yang meragukan, siapakah trader sebenarnya yang di belakang tabir menguruskan akaun negara itu. Abam tidak fikir ianya dilakukan oleh satu orang sahaja seperti menteri kewangan ketika itu.
Apapun, abam harap ianya dapat diselesaikan dengan adil. Situasi ini jika diolah dengan cara yang berat sebelah akan membuatkan industri forex ini dipandang serong. Sedangkan bagi pandangan profesional forex. Kerugian yang ditanggung merupakan adat berdagang. Jika tiada kerugian bukan berdagang namanya. Cuma yang lebih menghairankan, di mata mereka hanya melihat kerugian. Keuntungan berlipat kali ganda yang disumbangkan oleh beliau adakah dihargai. Bukan bermaksud abam menyokong beliau 100% sebab abam tau beliau ada juga kegeliciran tindakan semasa berkuasa. Abam juga rasa berdendam dengan hak istimewa raja² yang diporak peranda dan sistem kroni yang menghadkan kemajuan bangsa melayu.
Sama²lah kita berdoa agar kemelut ini tidaklah sampai menghancurkan hak mutlak bangsa melayu ke atas tanah airnya sendiri.

Comments