SEMUA PERKARA YANG PERLU ANDA TAU TENTANG MATAWANG KRIPTO (BITCOIN)
APA ITU BITCOIN
Bitcoin/bit/btc adalah sejenis matawang digital, dicipta dan disimpan secara elektronik. Ia dicipta pada tahun 2009 berdasarkan penulisan yang disiarkan sendiri oleh Satoshi Nakamoto. Bitcoin membolehkan pembayaran pantas (dan pembayaran mikro) pada kos yang sangat rendah dan mengelakkan keperluan untuk pihak berkuasa utama dan pengeluar.
BITCOIN WALLET
Transaksi bitcoin dihantar daripada dan kepada dompet elektronik bitcoin dan ditandatangan secara digital untuk keselamatan. Setiap orang dalam rangkaian tahu mengenai transaksi itu dan sejarah transaksi boleh dijejak semula sehingga masa ianya dihasilkan.
SIAPA YANG MENCETAK BITCOIN
Bitcoin tidak mempunyai bentuk, ia dicipta dan diedarkan secara digital oleh orang yang menciptanya. Melombong, dalam kea ini merujuk pada kuasa pengiraan. Semua orang boleh membuat bitcoin dengan menggunakan komputer mereka. Apa yang diperlukan hanyalah komputer dengan program perisian sesuai yang mengikuti formula matematik untuk menghasilkan bitcoin. Walau bagaimana pun, proses mengali menjadi sukar untuk pelombong solo kerana orang ramai mula menubuhkan syarikat yang melibatkan banyak pelayan untuk menghasilkan lebih banyak matawang.
YURAN TRANSAKSI
Ia menjadi lebih popular disebabkan yuran transaksi yang rendah, sebagai contoh, jika anda mahu memindahkan wang melalui pindahan bank, bank anda akan mengenakan sedikit caj, sementara memindahkan bitcoin adalah sentiasa percuma. Kelebihan seterusnya adalah kelajuan transaksi. Apabila anda menghantar wang ke sesuatu tempat, ia akan sampai dalam beberapa minit kemudian, sebaik sahaja pembayaran diproses oleh rangkain bitcoin.

Comments